Dua supek kes ragut diberkas polis

Dua supek kes ragut diberkas polis

ANTARA barangan dalam kes ragut hasil penahanan dua lelaki di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes ragut di sekitar Gong Kapas di sini, yang berlaku pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian ragut itu pada pukul 8.18 pagi, hari kejadian.

“Mangsa, seorang wanita yang berusia 21 tahun berjalan kaki menuju ke tempat kerja sebelum didatangi dua individu tidak dikenali yang menunggang motosikal. Mangsa ditolak ke bahu jalan menyebabkannya cedera di lutut kiri dan beg tangannya diragut.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan kehilangan telefon bimbit, kunci kereta, kad bank dan lesen memandu,” katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, polis menangkap seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Panji Alam di sini, pada pukul 4 petang semalam sebelum menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun di Kampung Seberang Baroh.

“Polis merampas sebuah motosikal jenis skuter dan beg tangan yang diragut serta barangan peribadi milik mangsa. Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek pula, mereka mengaku terlibat dalam dua kes ragut pada hari kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya