Dua polis terima suapan didenda RM3,000

Dua polis terima suapan didenda RM3,000

KEDUA-DUA tertuduh diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima barangan berharga iaitu wang tunai tanpa balasan daripada seorang kontraktor, tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat ketetapan itu selepas tertuduh, Zaini Abu, 59, dan Zulfiza Abas, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki didakwa menerima wang tunai berjumlah RM2,500 daripada seorang lelaki tanpa balasan dengan mengetahui ia mempunyai hubungan dengan kerja rasmi mereka semasa menjalankan tugasan rondaan di sekitar Jasin yang dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat Tol Jasin kira-kira pukul 10.52 malam pada 13 Mei 2024.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua tertuduh dan masyarakat, manakala peguam Mohd. Ishak Mohd. Kari yang mewakili kedua-dua merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 seorang atau penjara lima bulan jika gagal bayar dan kedua-dua tertuduh membayar denda tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya