Dua pekerja stor dipenjara enam bulan, simpan LPG tanpa lesen

Dua pekerja stor dipenjara enam bulan, simpan LPG tanpa lesen

SEIN Kyi Moe (dua dari kanan) dan Tun Tun Kyaing (dua dari kiri) dibawa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan menyimpan barang kawalan berjadual 1122.24 kg LPG tanpa lesen, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Dua orang pekerja stor warganegara Myanmar dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan barang kawalan berjadual iaitu 1,122.24 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, tahun lalu.

Hakim, Muhamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh Sein Kyi Moe, 30 dan Tun Tun Kyaing, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama-sama dua orang yang masih bebas didapati telah ada dalam jagaan barang kawalan berjadual iaitu LPG berjumlah 1,122.24 kg dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah.

Tindakan itu merupakan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara borong LPG tanpa suatu lesen yang sah daripada Pengawal.

Kesalahan tersebut dilakukan kira-kira pukul 11.45 malam di premis Tanpa Papan Nama, No.136, Jalan S2 C4, Green Technology Park, Seremban 2 di sini pada 4 September 2024.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Nor Alimah Mohd. Sanusi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya