Dua nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia

Dua nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia

PUSAT gerakan mencari dua nelayan yang dikhuatiri hilang ketika memukat di perairan Pulau Undan diaktifkan di Padang Temu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika memukat di perairan Pulau Undan di sini, pada Rabu dipercayai dihanyutkan ke perairan Indonesia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Mohd. Khairi Abd Aziz berkata, andaian itu dibuat berdasarkan analisis Sistem Perancangan Optimum Mencari dan Menyelamat (SAROPS).

Katanya pencarian yang masuk hari ketiga itu membabitkan penggunaan enam aset laut serta satu aset udara dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) itu turut diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.

“Seramai 54 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi, termasuk Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya sudah memohon bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia bagi membantu mengesan kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nelayan berkenaan, Muarep Sakem, 63 dan Rosenizam Maharam, 50 dilaporkan hilang ketika memukat ikan pada Rabu lalu.

Majikan mangsa membuat laporan polis dan kali terakhir mereka berhubung kira-kira pukul 10 pada Khamis dan memaklumkan enjin bot gentian kaca bernombor pendaftaran MKF 3861 yang digunakan mengalami kerosakan.

Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta-merta dan pangkalan hadapan Mencari dan Menyelamat (Carilamat) dibuka ditubuhkan di Jeti Nelayan Muara Sungai Duyong di Padang Temu, di sini.

Operasi turut dibantu oleh komuniti nelayan tempatan yang memberikan sokongan penting kepada pasukan pencarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya