Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan

Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan

PUSAT gerakan mencari dua nelayan yang dikhuatiri hilang ketika memukat di perairan Pulau Undan diaktifkan di Padang Temu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua nelayan dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan, dua hari lalu.

Tekong bot, Muarep Sakem, 63, dan awak-awak, Rosenizam Maharam, 50, tidak pulang ke rumah setelah turun ke laut pada 15 Januari lalu.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden tersebut pada pukul 5 petang semalam.

Katanya, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru, Johor segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 7.30 malam.

“Mereka keluar memukat pada 15 Januari lalu menggunakan sebuah bot gentian kaca bernombor pendaftaran MKF 3861 berwarna coklat biru di perairan Pulau Undan.

“Keesokannya majikan telah menghubungi kedua-dua mangsa pada pukul 10 pagi bagi mengetahui lokasi sebenar dan mereka memaklumkan enjin bot mengalami kerosakan. Pihak majikan kemudian membuat laporan polis pada pukul 3 petang setelah kedua-dua mangsa gagal dihubungi,” katanya.

Tambah Mohd. Khairi, kawasan pencarian meliputi lebih 548 kilometer persegi dan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digerakkan ke lokasi kejadian untuk pencarian awal.

Menurutnya, bot-bot nelayan berhampiran turut membantu melakukan pencarian di kawasan sekitar tetapi tiada sebarang petunjuk ditemui.

“SAR diteruskan pada pagi ini dengan penglibatan seramai lebih 58 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SAPURA.

“Operasi ini melibatkan sebuah bot Maritim Malaysia, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM), sebuah bot kevlar dan dua bot milik JBPM,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya