Dua maut motosikal bertembung di Tanah Merah

Dua maut motosikal bertembung di Tanah Merah

KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa di Jalan Baru Hitam, Kampung Batang Begedik, Tanah Merah, Kelantan. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Dua individu maut manakala seorang cedera ringan selepas terlibat  dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Batu Hitam, Kampung Batang Begedik, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, seorang penganggur berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tanah Merah (HTM).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd.Haki Hasbullah berkata, seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda EX5 berusia 45 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah dan kepala.

Katanya, penunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Gual Ipoh.

“Siasatan mendapati motosikal remaja terbabit yang dalam perjalanan dari arah Gual Ipoh ke Kampung Peralla dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, motosikalnya bertembung dengan motosikal kedua yang ditunggang pemandu jentera berat dan kedua-dua mereka terjatuh ke jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN