Dua maut, lima parah kereta bertembung

Dua maut, lima parah kereta bertembung

DUA maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sagil - Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Dua maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sagil – Jementah berhampiran Estate Gunung Ledang, di sini, malam tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 9.40 malam membabitkan sebuah Proton Wira yang dipercayai bertembung dengan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Harier.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat tujuh mangsa dengan dua daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi cedera.

“Mangsa yang maut adalah dua lelaki berusia 56 tahun yang menaiki Proton Wira dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rafiah berkata, lima yang cedera merupakan dua penumpang Proton Wira berusia 21 dan 53 tahun serta tiga yang menaiki Toyota Harrier dan kesemua yang cedera dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di hospital berhampiran.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera diketuai komander operasi PBK II KUP Mohd Shahid Abd. Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya