Dua lelaki parah ditetak sekumpulan penjenayah bertopeng

Dua lelaki parah ditetak sekumpulan penjenayah bertopeng

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden pecah rumah di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak sekumpulan 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, tengah malam semalam.

Dalam kejadian ngeri itu, mangsa yang berusia 31 dan 38 tahun sedang berada di ruang tamu sebelum diserang bertubi-tubi oleh kumpulan penjenayah bersenjatakan parang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, hasil siasatan awal mendapati kumpulan suspek tiba di lokasi menaiki tiga buah kereta sebelum bertindak membuka pagar serta pintu rumah yang tidak berkunci.

“Tanpa sebarang amaran, kesemua suspek meluru masuk ke dalam rumah dan terus menyerang mangsa dengan parang, menyebabkan kecederaan parah pada badan, kaki serta tangan mereka.

“Selepas melakukan serangan, kumpulan penjenayah itu melarikan diri menaiki kenderaan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan parang sepanjang enam inci dan masuk ke rumah melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

“Setakat ini, pihak polis telah berjaya menahan enam individu berusia antara 23 hingga 28 tahun serta merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Semakan rekod mendapati kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah serta kesalahan berkaitan narkotik,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau Pegawai Penyiasat di talian 019-2817820,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya