Dua lelaki mengaku miliki, simpan gambar, video seksual kanak-kanak

Dua lelaki mengaku miliki, simpan gambar, video seksual kanak-kanak

GOH KIEN YOONG (baju biru) dan Lim Xian Yi didakwa memiliki dan menyimpan gambar dan video serta seksual kanak-kanak di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua lelaki masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan bahan lucah, bulan lalu.

Tertuduh, Lim Xin Yi, 31, yang bekerja sendiri berdepan tiga pertuduhan, manakala pemandu e-hailing, Goh Kien Yoong, 37, berdepan dua pertuduhan berasingan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, Xin Yi berdepan dua pertuduhan iaitu mempunyai 2,172 keping gambar dan 400 video bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak, dalam dua komputer berbeza yang dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di Jalan Hang Lekir 18, Taman Skudai Baru, Skudai di sini, pada 23 Disember lalu.

Sementara itu, Kien Yoong berdepan satu pertuduhan, iaitu memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak sebanyak 211 keping gambar dalam komputer riba, kira-kira 9 malam di Jalan Indah 26/7, Taman Bukit Indah 2, Iskandar Puteri, di sini pada hari yang sama.

Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan, iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Selain itu, di hadapan Mahkamah Majistret berlainan, Xin Yi dan Kien Yoong masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimpan gambar dan video lucah di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 929 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya