Dua lagi bot PATI Myanmar diusir dari perairan Langkawi

Dua lagi bot PATI Myanmar diusir dari perairan Langkawi

BOT yang membawa PATI Myanmar diusir Maritim Malaysia ke perairan sempadan negara dari Langkawi.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menemukan dua lagi bot yang membawa kira-kira 300 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar di perairan negara lewat petang semalam.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, bot-bot tersebut dikesan berada di kedudukan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak, Langkawi.

“Kesemua PATI dilaporkan dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.

“Dianggarkan hampir 300 PATI berada di dalam bot terbabit dan pihak Maritim Malaysia telah memberi bantuan termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih sebelum bot tersebut diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Maritim Malaysia turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan bot tersebut.

Semalam, akhbar ini melaporkan sebuah bot yang membawa 196 orang etnik Rohingya ditahan selepas mendarat di Pantai Awam Teluk Yu, Langkawi, pada pukul 3.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam mengenai pendaratan itu dan mengarahkan pegawai dan anggota untuk ke lokasi.

Sebanyak 68 lelaki, 57 perempuan, 32 kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan ditahan dan kini dirujuk kepada Jabatan Imigresen (JIM) dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi untuk proses dokumentasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya