SHAH ALAM: Cubaan kali pertama dua ‘keldai’ dadah menyeludup 30 kilogram (kg) syabu dengan bagasi gagal selepas dicekup polis di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada 22 Januari lalu. Suspek lelaki berusia 25 dan 18 tahun itu diupah dengan bayaran RM600 bagi setiap kg dadah berkenaan yang mahu dibawa ke Miri, Sarawak. Mereka yang masing-masing pemandu lori dan pengganggur ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, kira-kira pukul 5.30 petang. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya