Dua hotel mewah Langkawi guna sayur hidroponik

Dua hotel mewah Langkawi guna sayur hidroponik

SEORANG pekerja, Nur Mas Sofiah Ngakaisah memeriksa sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik di dalam kabin kontena di Langkawi. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kabin hidroponik yang bertempat di The Westin Langkawi Resort & Spa digunakan untuk menanam pelbagai jenis sayuran segar secara lestari.

Sistem itu memanfaatkan teknologi moden untuk memastikan sayuran berkualiti tinggi yang bebas bahan kimia, sekali gus memenuhi keperluan dapur resort dan memberi pengalaman kuliner segar kepada para tetamu.

Selain The Westin, pelbagai jenis sayuran itu turut dibekalkan kepada The St. Regis Langkawi yang mana kedua-dua hotel mewah itu terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Pengurus Syarikat BoomGrow, Nur Mas Sofiah Ngakaisah yang menguruskan tanaman itu berkata, kira-kira 75 hingga 90 kilogram sayuran dihasilkan daripada kabin hidroponik itu setiap bulan.

“Kami mula bekerjasama dengan The Westin untuk membekalkan sayuran kepada mereka sejak 2021 selain bekalan turut dihantar kepada The St. Regis.

“Malah, kami turut mendapat permintaan daripada hotel lain di sekitar Pulau Langkawi namun tidak dapat memenuhinya buat masa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, jenis sayuran di kabin itu bergantung kepada permintaan pihak hotel, namun kebiasaannya adalah tanaman yang berasaskan herba, salad, bayam, sawi dan lici. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya