‘Dongeng Sang Kancil di Perpustakaan Negara sudah banyak hilang’ - Utusan Malaysia

‘Dongeng Sang Kancil di Perpustakaan Negara sudah banyak hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Filem animasi yang mengangkat kisah dongeng turun temurun dengan teknologi baharu sangat penting demi memastikan ia sampai kepada generasi seterusnya.

Tambahan pula, menurut penerbit filem Dongeng Sang Kancil, Nur Naquyah Binti Burhanuddin, cerita rakyat seperti ini sudah semakin lupus daripada sistem dokumentasi dan simpanan Perpustakaan Negara hari ini.

“Sejarah cerita Sang Kancil sangat panjang dan muncul lebih awal berbanding apa yang pernah kita lihat di televisyen. Semasa Les’ Copaque memulakan siri Pada Zaman Dahulu, kami buat kajian di Perpustakaan Negara.

“Kami dapati, kebanyakan cerita Sang Kancil ini pun sudah hilang daripada simpanan Perpustakaan Negara. Jadi, tujuan asal kami adalah untuk melindungi semua cerita rakyat begini dari zaman ke zaman kerana khazanah nusantara yang penting,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak hanya mengangkat cerita, penerbit, Les’ Copaque turut menggabungkan teknik hibrid iaitu 3D dan kesan khas 2D dengan efek sokongan bunyi Dolby Atmos dalam cerita ini.

Menurut penerbit eksekutifnya, Burhanuddin Md. Radzi, Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai bakat hebat dalam menghasilkan projek animasi setanding negara luar.

“Biasanya kalau buat 3D akan ambil masa tiga tahun. Tapi kami dapat siapkan dalam masa setahun dan sembilan bulan kerana gabungan proses animasi 2D.

“Kita bertuah kerana mempunyai ramai pelukis yang handal dalam pasukan ini,” jelasnya.

Dongeng Sang Kancil sudah mula menemui penonton 26 Disember lalu dan masih lagi ditayangkan di panggung sehingga kini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya