Diskaun 50 peratus tol sempena Tahun Baharu Cina

Diskaun 50 peratus tol sempena Tahun Baharu Cina

TOL percuma selama dua hari bermula Isnin ini. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan diskaun 50 peratus bagi kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu diambil selepas kabinet sebulat suara meneruskan bantuan tol bagi musim perayaan seperti sebe­lumnya.

Katanya, pelaksanaan berlangsung selama dua hari bermula 27 Januari (Isnin) pada pukul 12.01 malam sehingga 28 Januari (Selasa), 11.59 malam.

“Keputusan memberikan diskaun adalah bagi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.

“Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang sekian kalinya diberikan Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Alexander berkata, kerajaan menanggung implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM20.08 juta bagi membayar pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat.

Katanya, kos pampasan yang dibelanjakan mencecah RM356.18 juta sejak bantuan tol percuma musim perayaan dilaksanakan bermula tahun 2023 hingga 2024.

“Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, bersetuju memberikan diskaun, selaras dengan agenda Kerajaan Madani dalam menjaga perpaduan dan ke­sejahteraan rakyat.

“Ia didukung oleh kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta pe­ningkatan pelaburan dan perdagangan,” katanya.

Selasa lalu, akhbar ini melaporkan, Kerajaan mungkin tidak lagi akan memberikan kemudahan tol percuma bagi musim perayaan dan menyatakan 2024 adalah tahun terakhir pemberian tersebut.

Ia berikutan ketetapan itu dibuat menerusi Kabinet pada tahun lalu kerana tidak bertepatan dengan dasar pemberian subsidi kepada golongan bersasar seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini oleh kerajaan, namun tidak menolak sekiranya terdapat perbincangan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya