Dikaitkan isu rumah tangga Fattah dan Fazura, Rosyam Nor buat laporan polis - Utusan Malaysia

Dikaitkan isu rumah tangga Fattah dan Fazura, Rosyam Nor buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 57, telah membuat laporan polis apabila dikaitkan dengan isu rumah tangga pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Kata Rosyam, kes tersebut yang masih disiasat pihak berkuasa, sedang dipertimbangkan untuk tindakan selanjutnya.

“Ada antara mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menghubungi saya untuk minta maaf.

“Kes itu sudah dilaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Terpulang kepada saya untuk teruskan dengan tindakan selanjutnya atau pun tidak.

“Saya belum maafkan mereka, perkara ini masih dibincangkan dengan peguam saya, masih berbelah bahagi untuk saman kerana simpati dengan mereka,” katanya.

Terdahulu, beberapa pengendali laman peminat dalam talian menerusi laporan mereka mengaitkan Rosyam pernah menasihatkan Fattah mengenai sikap bekas isteri pelakon tersebut.

Susulan itu, Rosyam melaporkan perkara itu di Balai Polis Pudu ditemani peguam lantikannya, Aizul Rohan.

Kata Rosyam, beliau mengenal pasti dalang menyebarkan cerita palsu itu adalah dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Ada antara mereka yang tinggal di kampung, sekadar menyebarkan cerita palsu tanpa mengetahui kesahihan laporan tersebut.

“Saya harap perkara ini diambil sebagai pengajaran oleh netizen lain. Bukanlah semua, tapi segelintir yang suka menghentam sesuka hati,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya