KUALA LUMPUR: “Sekali lagi awak tulis, awak tunggu peguam saya.”
Demikian amaran pelakon, Sherry Ibrahim kepada salah seorang netizen yang mendakwa dirinya masih belum ‘move on’ dari kisah lalunya.
Kata Sherry, setiap perkongsian yang dimuat naik menerusi platform TikTok tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh individu berkenaan.
“Perangai sebenar macam mana ya? Awak yang komen di konten saya, awak yang tulis bukan-bukan. Awak yang mungkin belum ‘move on’ sebab orang dah mulakan tahun baru. Tidak ada benda yang perlu dikaitkan,” katanya.
Tidak melatah meskipun dirinya dianggap sedang meroyan, pelakon drama Teduhan Kasih itu tetap mendoakan agar individu terbabit diberikan ketenangan jiwa.
“Semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang rasa benci. Jaga diri,” ujarnya dalam sebuah perkongsian di TikTok.
Terdahulu, Sherry tampil memberikan respons kepada komen seorang wanita yang kurang senang dengan setiap perkongsiannya yang dimuat naik di TikTok.
Kata wanita berkenaan, Sherry semakin menunjukkan sisi sebenarnya dan dianggap meroyan bila dikecam netizen.
“Orang luar boleh nampaklah perangai sebenar Si Sherry Ibrahim ini. Baru orang gertak sikit, dia sudah meroyan,” komen netizen tersebut.-UTUSAN