DBKL robohkan struktur binaan haram di Bukit Bintang

DBKL robohkan struktur binaan haram di Bukit Bintang

Kesemua sisa struktur yang telah dirobohkan dilupuskan oleh DBKL selepas operasi. -FACEBOOK DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak tegas terhadap pembinaan struktur haram di atas rezab jalan awam di sekitar Bukit Bintang melalui satu operasi bersepadu yang dijalankan semalam.

Operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasa DBKL Bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Integriti, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Pejabat Cawangan Bukit Bintang.

Turut menyertai operasi tersebut Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), serta Alam Flora.

Hasil operasi itu, sebanyak sembilan premis yang membina struktur tambahan hingga menutup longkang dan laluan awam telah dirobohkan. Selain itu, dua premis lain bertindak sendiri membuka struktur tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

Menurut kenyataan DBKL, operasi tersebut turut menyaksikan tujuh kes sitaan serta-merta dilakukan ke atas barangan yang diletakkan di tempat awam tanpa kebenaran, di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua sisa struktur yang telah dirobohkan dilupuskan oleh DBKL selepas operasi berakhir. Sementara itu, barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

“DBKL menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan serta pemantauan akan terus dilakukan secara berkala di kawasan-kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan boleh melakukannya melalui pautan rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya