Dasar baharu Trump akan dibincangkan di Kabinet 

Dasar baharu Trump akan dibincangkan di Kabinet 

MOHAMAD Hasan menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Rumah Nam Tai, Taman Marida, Senawang, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dasar baharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk meningkatkan tarif barangan import ke negara berkenaan akan dibincangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun dasar baharu yang diperkenalkan itu adalah secara umum namun Malaysia sebagai antara negara rakan dagang AS yang besar pasti akan meneliti perkara itu

“Kita merupakan pengeksport barangan elektronik dan elektrik, sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan ekonomi negara kita terutamanya dengan cadangan mereka untuk meningkatkan tarif barangan import ke AS.

“Jadi kerajaan sedang meneliti, Wisma Putra sedang meneliti. Kita akan melihat perkembangan terkini dan akan membawa perkara ini ke Kabinet untuk dibincangkan,” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Rembau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan warga emas dan rumah ibadat sempena Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Rembau di Senawang, di sini, hari ini.

Semalam, Trump mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari.

Pengumuman langkah tarif itu dilihat mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran global, dengan potensi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan dinamik perdagangan antarabangsa.

Bank Dunia turut memberi amaran tarif itu boleh mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi global.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, kerajaan Malaysia berharap agar perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza bermula Ahad lalu akan kekal.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didukung oleh majoriti negara-negara PBB untuk menyegerakan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Malah menurut beliau, Malaysia juga telah mengambil langkah untuk berunding dengan Jepun untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang memulakan pembangunan semula Gaza.

“Kita akan adakan persidangan, berjumpa dengan negara-negara yang sepemikiran dan negara-negara lain yang mahu bersama-sama melihat pembangunan semula Gaza dapat dilakukan segera.

“Sepatutnya persidangan ini pada bulan Julai tetapi kita mahu awalkan. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah minta supaya disegerakan dan saya telah berhubung dengan rakan sejawat saya serta menunggu respon negara Jepun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya