Dadah: Pelawak popular dipenjara enam bulan di Jeddah

Dadah: Pelawak popular dipenjara enam bulan di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Difahamkan, hukuman berkenaan dijatuhkan semasa tempoh perbicaraannya pada November lalu.

Menurut sumber, dia kini sedang hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya sebelum dibebaskan.

“Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

“Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai menjalani hukuman penjara pada April ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu,  pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terlibat memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, telah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.

Katanya, atas pelbagai faktor, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kesal kerana tidak dapat memberikan butiran lain mengenai penahanan itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan seorang pelawak terkenal dikatakan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah Oktober lalu.

Memetik sumber, pelawak tersebut dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Tambah sumber, pelawak itu juga difahamkan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

“Bagaimanapun pelawak berkenaan dilihat masih aktif di media sosial dengan beberapa hantaran baharu dimuat naik namun kandungan itu dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN