KLANG: Dua lelaki nekad menempuh perjalanan sejauh lebih 350 kilometer (km) bagi menjual van jenazah yang dicuri dari sebuah masjid dekat Teluk Gong, di sini, dua minggu lalu. Mereka didakwa menaiki van berkenaan dari masjid tersebut menuju ke Taman Mutiara Rini, Skudai di Johor Bahru kerana dijanjikan oleh pembeli untuk membeli van berkenaan pada harga RM30,000. Dua beradik terbabit mendakwa memerlukan wang tersebut kerana mahu membayar hutang sekumpulan individu dipercayai Ah Long yang kerap mengganggu mereka. Namun mereka gagal mendapatkan wang itu apabila ditahan polis Sabtu lalu dekat sebuah surau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya