Curi kad kredit dalam pesawat, lelaki warga China ditahan

Curi kad kredit dalam pesawat, lelaki warga China ditahan

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang lelaki warga China yang disyaki cuba mencuri kad kredit milik seorang penumpang wanita dalam sebuah pesawat komersial dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 54 tahun itu ditangkap oleh pihak keselamatan pesawat selepas mangsa, seorang pelancong wanita warga Australia yang berusia 44 tahun, membuat aduan.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, pihaknya percaya suspek adalah anggota sindiket yang terlibat dalam beberapa kes kecurian dalam pesawat komersial di daerah ini pada November dan Disember tahun lepas.

“Dalam tiga kejadian sebelum ini, tiga lelaki warga China dari Hunan yang berumur antara 51 hingga 61 tahun telah ditahan dan didakwa di mahkamah. Kesemua kes ini dipercayai berkait rapat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan penumpang pesawat agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan barang berharga di tempat yang mudah dipantau.

“Penumpang pesawat komersil perlu mengamalkan pencegahan awal dengan menyimpan beg yang mengandungi wang tunai atau barangan berharga di dalam kabin bagasi di atas tempat duduk yang paling hampir dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya