Cuping telinga budak putus digigit kuda

Cuping telinga kanak-kanak putus digigit kuda

TANGKAP layar video tular memaparkan kejadian seorang kanak-kanak digigit kuda di sebuah ladang agropelancongan di Seremban pada 19 Januari lalu dan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : “Kuda itu terus menggigit telinga dan menghantuk kepala anak saya. Kepalanya cedera terkena besi dan cuping telinga kirinya juga putus, semua berlaku selip mata sahaja”.

Demikian menurut Suhaimi Mohd. Rafi, 31, bapa kepada seorang kanak-kanak autisme yang menjadi mangsa selepas digigit seekor kuda dalam kejadian di sebuah ladang agropelancongan yang terletak di Pantai, di sini pada 19 Januari lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Suhami memberitahu, dia bersama isteri dan anak dari Kemaman, Terengganu ingin bercuti ke Seremban selepas selesai urusan di ibu negara.

“Sampai di ladang agro itu, anak lelaki saya berusia enam tahun begitu teruja untuk melihat dan bergambar dengan kuda yang terdapat di situ. Penjaga kuda juga memaklumkan kuda di situ boleh ditunggang dengan bayaran tiket.

“Sebaik selesai, penjaga kandang memanggil kami untuk bergambar dalam kawasan berpagar tempat menunggang.

“Anak yang teruja mendekati kawasan kandang di kawasan berpagar itu dan minta saya mengambil gambar serta videonya. Secara tiba-tiba sahaja seekor kuda yang berada dekat terus menggigit telinga anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam keadaan panik, Suhaimi berkata, dia terus membawa anaknya ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan.

“Anak menjalani pembedahan pada malam itu sebelum selesai kira-kira pukul 1 pagi,” katanya.

Katanya, pada hari ketiga,barulah anaknya itu dibenarkan keluar dari wad selepas keadaan makin stabil dan cuping telinga yang putus disambung kembali.

“Bagaimanapun kami sekeluarga masih lagi dalam keadaan trauma lebih-lebih lagi anak lelaki saya itu. Saya cuba juga menghubungi pemilik ladang terbabit namun gagal dan hanya berhubung melalui WhatsApp sahaja.

“Kos rawatan sebanyak RM10,400 ditanggung pihak insurans. Selepas berbincang dengan peguam, saya dinasihatkan supaya mendapatkan pampasan sebanyak RM5,000.

“Malangnya, pihak ladang itu memaklumkan hanya mampu membayar sebanyak RM500 sahaja namun sehingga ke hari ini pemilik ladang tidak membayar pampasan terbabit seperti mana yang dijanjikan,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN