Cincin di jari kiri, Zendaya, Tom Holland sudah bertunang - Utusan Malaysia

Cincin di jari kiri, Zendaya, Tom Holland sudah bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pasangan pelakon, Zendaya dan Tom Holland disahkan telah mengikat tali pertunangan.

Lamaran itu dilakukan pelakon Spider-Man itu di kediaman keluarga Zendaya semasa sedang bercuti.

Bagaimanapun, tarikh sebenar peristiwa istimewa itu tidak dikongsikan kepada umum dan hanya diketahui oleh keluarga terdekat. 

“Holland sangat tergila-gilakan Zendaya. Dia tahu bahawa Zendaya adalah orang yang dicari selama ini. Ada keserasian yang sangat istimewa dalam diri mereka berdua,” kata sumber seperti dilaporkan media tempatan. 

Memandangkan masing-masing sibuk dengan projek lakonan, pasangan itu tidak berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Zendaya mencuri tumpuan apabila menyarungkan sebentuk cincin berlian di jari kiri semasa menghadiri anugerah berprestij Golden Globes 2025.

Sebelum ini dalam satu temu ramah audiosiar, Holland sempat berkongsi perasaan tidak sabar mahu menghabiskan cuti di kediaman keluarga kekasihnya, Zendaya sempena Krismas. 

Pengenalan mereka bermula apabila masing-masing terlibat sebagai pasangan kekasih dalam filem Spider-Man: Far From Home yang ditayangkan pada 2019.

Pada September tahun yang sama, masing-masing mengesahkan hubungan mereka apabila Holland memuat naik gambar mereka bersama dengan kapsyen ‘my MJ’ ketika ulang tahun kelahiran Zendaya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya