Ceroboh dan khianat: Empat remaja direman bantu siasatan

Ceroboh dan khianat: Empat remaja direman bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Empat remaja lelaki bawah umur direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh serta melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah stor simpanan kereta baharu buatan China di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani terhadap remaja-remaja itu yang terdiri daripada seorang warga remaja tempatan bersama tiga etnik etnik Rohingya di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka yang berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar Kampung Benggali di sini, semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada penyelia syarikat pengedar kenderaan tersebut.

Masing-masing dikatakan memasuki kawasan stor simpanan kenderaan tersebut dengan alasan mahu mendengar radio sebelum cuba memandu model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditempatkan di situ.

Susulan itu, enam buah kenderaan mengalami kerosakan termasuk kemek ekoran kegagalan mereka mengawal SUV terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya