CAP gesa petani beralih kepada sungkup organik

CAP gesa petani beralih kepada sungkup organik

PENANAMAN sayur-sayuran di kebun CAP di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah sungkup organik ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa petani di seluruh negara supaya berhenti menggunakan sungkup plastik dalam pertanian dan beralih kepada penggunaan sungkup organik bagi melindungi alam sekitar serta kesihatan awam.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, penggunaan sungkup plastik yang semakin meluas sejak diperkenalkan pada 1950-an telah memberi kesan negatif terhadap tanah, tanaman dan kesihatan manusia.

“Sungkup plastik seperti plastik hitam pertanian dan plastik ‘supershine’ mengandungi polietilena berketumpatan rendah (LDPE) yang mengambil masa ratusan tahun untuk terurai. 

“Ia akan melepaskan mikroplastik yang mengganggu aktiviti enzimatik tanah serta menjejaskan mikroorganisma penting untuk kesuburan tanah,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat CAP, di sini hari ini.

Menurut Mohideen, semasa proses penguraian, sungkup plastik turut membebaskan bahan kimia berbahaya seperti ftalat yang boleh menjejaskan sistem reproduktif, neurologi dan perkembangan manusia.

“Sungkup organik menawarkan alternatif yang lebih mesra alam kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun kering, jerami, kulit kayu, dan serpihan kayu. 

“Bahan-bahan ini mudah diuraikan oleh mikroorganisma tanah, sekali gus menyumbang kepada kesuburan dan kesihatan tanah.

“Dengan penggunaan sungkupan organik, kita bukan sahaja dapat mengelak pencemaran mikroplastik, tetapi juga dapat meningkatkan produktiviti tanaman dan menyokong ekosistem yang sihat. Ia memberi manfaat besar kepada petani dan pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, penggunaan sungkup organik didapati mampu mengawal pertumbuhan rumpai, meningkatkan kelembapan tanah, dan mengurangkan hakisan. Ia juga menyediakan nutrien penting kepada tanah semasa proses penguraian.

“Sungkup organik bebas daripada bahan toksik, sekali gus menjamin hasil tanaman yang lebih selamat dan bebas pencemaran kimia. Ini akan meningkatkan nilai pemakanan hasil pertanian,” katanya.

Tambah Mohideen, CAP turut mencadangkan beberapa kaedah sungkupan organik seperti menggunakan daun, kulit kayu, jerami padi dan serpihan pokok yang tersedia di kebun atau ladang. 

“Tanaman pendamping dan tanaman selingan juga boleh dijadikan sungkup hidup yang membantu mengawal rumpai. Bagi pekebun bandar, penggunaan sungkup organik di dalam pasu disarankan untuk mengekalkan kelembapan dan kesuburan tanah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya