Calon SPM disedia sarapan sebelum duduki peperiksaan

Calon SPM disedia sarapan sebelum duduki peperiksaan

ZULKIFLI Dahlan (dua dari kiri) dan Pengetua STAB, Safar Zainal (kiri) memerhatikan pelajar mendapatkan bekalan sarapan disediakan oleh PIBG sebelum menduduki peperiksaan SPM 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara (STAB) menyediakan juadah sarapan dan makanan pada waktu rehat kepada 257 pelajar sekolah itu yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini.

Yang Dipertua PIBG STAB, Zulkifli Dahlan berkata, penyediaan sarapan dan makanan waktu rehat itu bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk membuat persiapan rapi sebelum memasuki dewan peperiksaan.

“Ada dalam kalangan pelajar tinggal jauh dari sekolah, kemudahan itu secara tidak langsung membantu mereka yang tidak sempat bersarapan di rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Antara menu sarapan pagi disediakan adalah roti dan kuih-muih, manakala makanan waktu rehat seperti nasi lemak, nasi atau mi goreng selain minuman panas dan air kotak.

Zulkifli berharap tradisi menyediakan sarapan dan makanan waktu rehat dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi banyak manfaat kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

“Bagi tujuan itu, kami turut berharap ada pihak prihatin untuk membantu menyediakan kemudahan ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Ketua Pengawas STAB, Shasvin Raj, 17, berterima kasih atas penyediaan kemudahan itu oleh pihak PIBG sekolah kerana ia membantu pelajar untuk bersedia menghadapi peperiksaan kerana mendapat makanan secukupnya sebelum memasuki dewan peperiksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya