Cakra Khan terkejut pereka fesyen dipukul, sempat siapkan baju - Utusan Malaysia

Cakra Khan terkejut pereka fesyen dipukul, sempat siapkan baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun cedera selepas diserang jurugambar, pereka fesyen, Razman dan Razmi sempat menyiapkan busana untuk dipakai penyanyi, Cakra Khan pada Ahad.

Menurut Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 34, selepas video tular, dia terus menghubungi pereka itu bagi menzahirkan rasa simpati dan terbuka menunda rekaan jika diperlukan.

“Video tersebut tular dan saya terkejut. Saya dimaklumkan oleh pemain keyboard di Indonesia.

“Saya sempat pesan kepada pengurus, jika mereka masih belum boleh bekerja atau sedang dalam proses untuk sembuh, tidak mengapa.

“Saya tidak mahu mengganggu.

“Tapi mereka kata semuanya lancar, lukisan baju sudah dihasilkan tinggal beberapa perkara sahaja lagi untuk disiapkan,” katanya.

Cakra ditemui Utusan Malaysia di konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Penyanyi Kekasih Bayangan itu juga enggan bertanya lanjut mengenai insiden itu namun tetap mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya bukan orang yang ikut campur dalam masalah orang lain cuma saya prihatin dengan apa yang terjadi kepada Razman dan Razmi.

“Memang kami bekerjasama, tapi bukan hak saya untuk bertanya lanjut mengenai itu.

“Semoga semuanya baik-baik dan diselesaikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Cakra merupakan salah seorang juri untuk program CSOIAM ditemani Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Hael Husaini sebagai juri jemputan.

Terdahulu, dua pereka fesyen Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46, cedera si bahagian pipi selepas diserang seorang jurugambar, Muhammad Imran.

Selepas laporan polis dibuat, Imran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen.

Imran bagaimanapun mengaku tidak bersalah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya