Caj perkhidmatan kedai kopi naik 15 peratus sempena Tahun Baru Cina?

Caj perkhidmatan kedai kopi naik 15 peratus sempena Tahun Baru Cina?

NOTIS kenaikan harga caj perkhidmatan kedai kopi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan rangkaian restoran Oriental Kopi yang mengenakan caj perkhidmatan sehingga 15 peratus mencetuskan kemarahan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse. 

Caj tersebut dipercayai dikenakan rangkaian jenama kopi bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir.

Malah, beliau dalam masa sama menimbulkan persoalan sama ada caj berkenaan dibenarkan atau sebaliknya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Adakah ini munasabah dan sah di bawah undang-undang? Satu precedent (duluan) yang agak membimbangkan. Padahal pekerja orang asing,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menerusi hantara itu turut notis berkenaan pelarasan berkenaan yang menyatakan “Semasa tempoh Tahun Baru Cina, caj perkhidmatan makan akan diselaraskan daripada 10 peratus kepada 15 peratus (tidak termasuk SST enam peratus).”-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya