Cadangan sistem syif baharu petugas kesihatan belum lulus - Dr. Dzulkefly

Cadangan sistem syif baharu petugas kesihatan belum lulus – Dr. Dzulkefly

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan sistem syif baharu petugas kesihatan dikenali sebagai Waktu Bekerja Berlainan (WBB) masih di peringkat cadangan dan belum lagi diluluskan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu adalah usaha berterusan bagi menambah baik aspek penjagaan, penyampaian dan perkhidmatan kesihatan dalam kalangan petugas kesihatan.

“Pada setiap cadangan itu ada baik dan buruknya sebab itu saya mahu kita pastikan ia melalui libat urus dengan pengarah-pengarah hospital, pakar-pakar dan jabatan-jabatan.

“Apa pun ia masih dalam status cadangan dan belum sampai kepada saya. Malangnya ia semacam didedahkan mungkin sengaja atau tidak, itu soalan lain, yang penting saya belum luluskan, apatah lagi di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, jawatankuasa berkaitan akan memberikan penerangan terlebih dahulu kepadanya berhubung cadangan itu.

Difahamkan, WBB untuk petugas kesihatan akan dilaksanakan secara perintis di tujuh hospital mulai 1 Febuari ini.

Melalui sistem itu, WBB mengehadkan doktor dan doktor gigi di perkhidmatan kesihatan awam bertugas 18 jam berturut-turut, berkurangan daripada tugas ‘on-call’ selama 24 hingga 33 jam yang diamalkan ketika ini.

Semalam, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan kebimbangan terhadap sistem syif baharu itu dan memberi amaran ia mungkin membebankan sistem penjagaan kesihatan awam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya