Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Titah Adendum Najib tidak akan didedah

Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Titah Adendum Najib sulit, tidak boleh didedah

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan didedahkan kepada umum.

Dr Zaliha yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata, butiran minit mesyuarat itu adalah perkara sulit dan ia adalah hak Lembaga Pengampunan.

“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Kita tak boleh buat perkara itu secara terbuka.

“Itu adalah hak Lembaga Pengampunan. Minit mesyuarat itu tidak akan didedahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kiosk Sentuhan Madani di pusat beli belah Alamanda di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR yang juga Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik.

Isnin lalu, dalam prosiding di Mahkamah Rayuan, peguam Najib memberitahu perintah adendum berhubung tahanan rumah dihantar Istana Negara kepada peguam negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pada 29 Januari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya