Buruh Bangladesh maut jatuh kerangka besi setinggi lapan meter - Utusan Malaysia

Buruh Bangladesh maut jatuh kerangka besi setinggi lapan meter

PEGAWAI perubatan memberi bantuan rawatan kepada lelaki warga Bangladesh yang terjatuh dari kerangka besi di tapak pembinaan di Bandar Meru Raya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari kerangka besi bangunan berketinggian lapan meter di sebuah tapak pembinaan di Bandar Meru Raya, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 9.06 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun sedang melakukan kerja di tapak pembinaan berkenaan.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan.

“Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan yang turut hadir di lokasi dan memberi bantuan CPR kepada mangsa mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 10.45 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya