Budak perempuan maut tersepit celah meja lipat

Budak perempuan maut tersepit celah meja lipat

BEBERAPA anggota forensik dilihat sedang memeriksa sebuah meja lipat yang dikatakan menjadi penyebab seorang budak perempuan tersepit sehingga maut di Taman Seri Putera, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi sebuah meja lipat di sebuah rumah di Taman Seri Putera di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah sedang bermain sendirian di bahagian belakang rumah sewa terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu.

Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari oleh ahli keluarganya selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari arah mangsa dilaporkan bermain.

Ahli keluarganya dikatakan cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital, namun, kanak-kanak malang itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Difahamkan juga, pihak forensik serta pegawai penyiasat telah melakukan siasatan di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mayat dijangka dibedah siasat pagi ini di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya