Budak maut Toyota Alphard langgar belakang lori di Maran

Budak maut Toyota Alphard langgar belakang lori di Maran

maran
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan Toyota Alphard yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 164.7 Lebuh Raya Pantai Timur Satu (LPT1), Maran, Pahang, hari ini. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 164.7 Lebuh Raya Pantai Timur Satu (LPT1), dari arah Maran ke Kuantan dekat sini, hari ini.

Muhammad Al Amin Mohd. Adil yang duduk di bahagian hadapan kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas kira-kira pukul 1 pagi itu.

Pemandu Toyota Alphard, Mohd. Adil Mat Nor, 41, dan lima penumpang lain mengalami kecederaan parah bahagian kepala dan dad manakala pemandu lori treler berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Maran, Suprintendan Wong Kim Wai berkata,  siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa Toyota Alphard dipandu oleh Mohd. Adil  bersama keluarganya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Apabila tiba di tempat kejadian,  Toyota Alphrad itu dipercayai  merempuh bahagian belakang lori berkenaan berhenti di lorong kecemasan sebelah kiri kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN