Bomba perkenal Pusat Gerakan Operasi Kebombaan pantau operasi insiden

Bomba perkenal Pusat Gerakan Operasi Kebombaan pantau operasi insiden secara langsung

NOR Hisham Mohammad melawat Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan pemantauan kawasan serta operasi kebombaan secara langsung atau masa sebenar menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK).

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, buat masa ini, PGOK diwujudkan di Ibu Pejabat JBPM di sini sebagai projek rintis membabitkan kawalan operasi di tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata, sebanyak 60 balai bomba dan penyelamat berada di bawah kawalan PGOK itu menggunakan enam modul utama antaranya memberi fokus kepada pergerakan dan pemantauan secara berterusan kepada anggota dan jentera di lokasi.

“Ia melibatkan 60 balai dan empat pusat kawalan operasi. Sebagai contoh, ia berfungsi dengan memberi maklumat kepada umum pergerakan pasukan bomba yang terlibat operasi secara langsung,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Perbarisan Tahunan JBPM Tahun 2025 di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat di sini, hari ini.

Katanya, PGOK ini juga dapat memberi notifikasi kepada ‘multi-station’ di mana jentera bomba yang berdekatan dengan lokasi insiden boleh digerakkan sama apabila notifkasi insiden diberikan serentak kepada tiga balai berdekatan dengan lokasi insiden.

Menurutnya, sistem itu juga nanti akan disaling hubung dan akses kepada sistem kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Buat masa ini, kita bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPJ) bagi memperluas akses cakupan CCTV. Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PBT lain,” katanya.

Nor Hisham berkata, pihaknya juga dalam perbincangan untuk mendapatkan kerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menapatkan akses untuk lebuh raya serta jalan-jalan kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya