ROMPIN: Lebih 50 penduduk di Kampung Jawa di sini, berharap kerajaan segera membina benteng penahan ombak bagi mengatasi masalah hakisan pantai di situ yang semakin meruncing dan membimbangkan. Seorang penduduk, Kamal Asmawi Taib, 45, berkata, benteng itu perlu dibina segera demi keselamatan tempat tinggal dan nyawa penduduk di kampung tersebut terjamin. “Kita tak boleh jangka masalah hakisan ini. Setahun demi setahun, hakisan semakin serius, sebab itu pentingnya langkah segera diambil. “Kejadian ini (hakisan) bukan baharu, ia berlaku sejak 2019. Jadi tindakan segera perlu dilakukan pihak berwajib demi keselamatan penduduk,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya