Bidaan kuota tambahan loji jana kuasa solar dibuka mulai Isnin ini

Bidaan kuota tambahan loji jana kuasa solar dibuka mulai Isnin ini

KUOTA di bawah pusingan bidaan tambahan itu akan ditawarkan menerusi dua pakej iaitu Pakej A dan Pakej B. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan membuka bidaan bagi penawaran tambahan untuk pembangunan loji jana kuasa solar berskala besar di bawah Program Peralihan Tenaga SuRiA Tambahan (LSS@PETRA+).

PETRA dalam satu kenyataan berkata, pembukaan bidaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) itu selepas mengambil kira aspirasi negara dalam agenda peralihan tenaga dan permintaan tenaga elektrik hijau dalam sistem pembekalan elektrik negara.

Menurutnya, PETRA akan melaksanakan pusingan bidaan tambahan LSS@PETRA+ bagi pembangunan loji jana kuasa solar berskala besar dengan kuota berjumlah 2,000MWac.

Jelasnya, kuota di bawah pusingan bidaan tambahan itu akan ditawarkan menerusi dua pakej iaitu Pakej A dan Pakej B.

“Pakej A, untuk pembangunan loji jana kuasa solar atas permukaan tanah yang berkapasiti antara 30MWac hingga 500MWac. Jumlah kuota yang ditawarkan adalah sebanyak 1,500MWac.

“Pakej B, untuk pembangunan loji jana kuasa solar terapung/atas permukaan air yang berkapasiti antara 10MWac hingga 500MWac. Jumlah kuota yang ditawarkan adalah sebanyak 500MWac,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, PETRA berkata, penawaran kuota tambahan tersebut akan dilakukan oleh ST mulai 20 Januari ini melalui Request For Proposal.

Jelasnya, loji jana kuasa solar yang akan diluluskan di bawah pusingan bidaan tambahan itu dijadual akan mula beroperasi pada tahun 2027.

Tambahnya, kelulusan kapasiti pembangunan solar tambahan di bawah LSS@PETRA+ dijangka menjana pelaburan sebanyak RM8 bilion dan mewujudkan sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara.

“PETRA yakin bahawa pelaksanaan inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan kepada aspirasi peralihan tenaga negara untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara kepada 70 peratus menjelang tahun 2050.

“Selain itu, menyokong komitmen PETRA untuk mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya