Beruang matahari dipilih ikon dan maskot VM2026

Beruang matahari dipilih ikon dan maskot VM2026

ANWAR Ibrahim bergambar bersama pada Majlis Pelancaran VM2026 di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Beruang matahari Malaya dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Lebih spesifik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.

Beruang matahari dipilih kerana ia spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Logo tersebut turut diperkenalkan secara kreatif pada badan pesawat Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia.

Turut diperdengarkan buat pertama kali ialah lagu tema VM2026 iait ‘Surreal Experiences’ yang menggambarkan keunikan pengalaman yang ditawarkan Malaysia.

Turut diperkenalkan pada majlis sama ialah 10 rakan strategik kempen VM2026 Malaysia Aviation Group (MAG), AirAsia, Batik Air, Malaysia Airports Holdings Bhd (Malaysia Airport) dan Huawei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya