BESUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor beruang matahari dianggarkan seberat 100 kilogram di kebun kelapa di Kampung Sungai Bari, di sini hari ini.
Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran beruang jantan itu pada 30 Disember lalu.
“Susulan itu satu perangkap dipasang pada hari sama sebaik sahaja aduan diterima Perhilitan Besut.
” Ketika ditangkap beruang jantan ini dalam keadaan stabil dan telah dilepaskan ke habitat semulajadi yang sesuai untuk kemandiriannya,” katanya hari ini. – UTUSAN