Beri perhatian 169 lintasan haram di Kelantan - KSN

Beri perhatian 169 lintasan haram di Kelantan – KSN

SHAMSUL Azri Abu Bakar (empat dari kiri) beramah mesra bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang bertugas semasa meninjau pengoperasian di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan selepas peluncuran Program rintis Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia.- UTUSAN /KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Perhatian serius perlu diberikan terhadap semua 169 lintasan haram Malaysia-Thailand yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kelantan, tahun lalu.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, semua ‘pintu masuk’ berkenaan adalah kawasan strategik bagi aktiviti rentas sempadan termasuk melibatkan kegiatan-kegiatan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menyeru Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting bagi kelancaran operasi sempadan.

“Kita perlu menerapkan pendigitalan dalam pelaksanaan operasi sempadan dan jika boleh, tangani segera masalah kamera litar tertutup di sekitar kawasan sempadan Malaysia- Thailand terutama di Kelantan.

“Kita juga perlu meneroka teknologi pendigitalan seperti pengecaman wajah dan pemindahan maklumat bagi memudahkan urusan keluar masuk sempadan negara,” katanya semasa berucap merasmikan Program Rintis Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya