‘Berhabis’ RM30,000 kumpul keris

‘Berhabis’ RM30,000 kumpul keris

J-MAY Abd. Kadir menunjukkan koleksi kerisnya di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Terpikat dengan seni ukir Melayu pada sarung dan bilah keris mendorong seorang pemuda dari Kampung Air Sejuk di sini, ‘melabur’ hampir RM30,000 demi hobi mengumpul koleksi warisan alat mempertahan diri orang Melayu itu.

J-may Abd. Kadir, 37, berkata, dia kini mengumpul lebih 30 bilah keris sejak tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

“Saya terpikat melihat seni ukir Melayu pada ‘pakaian’ (sarung) keris dan ukiran di bilahnya sehingga mendorong saya membeli keris-keris lama dari negara jiran.

“Keris dibawa masuk dari negara jiran harganya lebih murah dan ukirannya hampir sama dengan ukiran tanah Melayu susulan negara itu berasal dari rumpun yang sama,” katanya di sini, baru-baru ini.

J-may berkata, kebanyakan keris itu dibeli dengan harga serendah RM300 hingga RM1,500 sebilah mengikut jenis dan ukirannya.

Katanya, antara jenis keris yang menjadi koleksinya adalah Keris Kedah Baru, Kedah Lama, Keris Pakaian Terengganu, Keris Pagar Alam serta Keris Tanjung.

“Ia sering diperagakan bersama busana klasik atau dijadikan aksesori pakaian pengantin. Saya juga sering memberi pendedahan berkenaan keris ini dalam media sosial bagi mengangkat dan memartabatkan kembali khazanah negara untuk tatapan generasi baharu.

“Selain itu, sekiranya ada permintaan daripada peminat keris, saya menjual dan membantu mereka mencari jenis keris yang diinginkan, ” katanya.

Habis.

J-MAY Abd. Kadir menunjukkan koleksi kerisnya di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu. – UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya