Bekas pengerusi Rancangan Felda didenda RM22,500 palsukan cek

Bekas pengerusi Rancangan Felda didenda RM22,500 palsukan cek

SAAD Razali didenda RM22,500 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah memalsukan 15 cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3, Pahang berjumlah RM34,450, enam tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengerusi sebuah rancangan Felda didenda sebanyak RM22,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memalsukan 15 cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3, Pahang bernilai RM34,450, enam tahun lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Saad Razali, 68, masih mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan pindaan berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Saad yang ketika itu merupakan pengerusi Rancangan Felda terbabit didakwa telah menggunakan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 Pahang Berhad atas nama lapan peneroka berlainan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Segamat dengan nilai antara RM600 sehingga RM5,000 bermula 27 September 2019 hingga Oktober 2021.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda,, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Azraf Said manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri.

Pada 30 Januari tahun lalu, Saad yang kini seorang peneroka mengaku bersalah terhadap kesemua 15 pertuduhan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya