Bekas pengarah ditahan minta, terima rasuah RM110,000

Bekas pengarah ditahan minta, terima rasuah RM110,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di negeri ini ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 daripada beberapa syarikat yang telah mendapat projek pembekalan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan suspek lelaki berusia 50-an itu kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada awal tahun 2024 dan meminta rasuah untuk pegawai-pegawai di bawah seliannya.

“Suspek juga disyaki menerima suapan dalam bentuk barangan seperti mesin basuh, komputer riba, tablet, telefon pintar, gitar elektrik, peralatan gim, aksesori kereta dan pembayaran untuk pembelian motosikal,” katanya sumber dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. SPRM turut menyita dan merampas semua barangan tersebut.

Bagaimanapun katanya, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya