JAKARTA: Polis mengesahkan beberapa kesan tikaman pada tubuh pelakon sinetron, Sandy Permana yang ditemui maut di Cibarusah, Bekasi di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Bekasi, Onkoseno Grandiarso Sukahar, perkara itu disahkan selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat daripada Hospital Kramat Jati.
“Beberapa kesan tikaman ditemukan di leher, dada dan perut mangsa.
“Mangsa ditemukan tidak jauh dari rumahnya,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.
Pelakon yang popular menerusi drama Mak Lampir itu dtemukan tidak sedarkan di tepi jalan sekitar kawasan Cibarusah, Daerah Bekasi di sini.
Pelakon itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.
Onkoseno dalam pada itu memaklumkan pihaknya sedang memburu seorang suspek yang dipercayai berkait rapat dengan kes pembunuhan itu.
“Maklumat mengenai suspek masih belum dapat dikongsikan buat masa ini,” ujarnya.