MERSING: Seorang bayi lelaki meninggal dunia semasa menerima rawatan selama dua hari disyaki didera pengasuhnya.
Difahamkan, bayi berusia sembilan bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dan luka pada bahagian mulut.
Susulan itu, pengasuh bayi berkenaan yang merupakan wanita berusia 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Bayi berkenaan menerima rawatan pada 12 Januari sebelum disahkan meninggal dunia pada 14 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan.-UTUSAN