Bapa yakin anak masih hidup walaupun hampir 30 hari hilang

Bapa yakin anak masih hidup walaupun hampir 30 hari hilang

AHMAD Zulhilmi yang masih hilang di Banding, Perak hampir sebulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: “Naluri sebagai bapa masih kuat mengatakan anak saya masih hidup dan yakin dia akan ditemui dalam keadaan selamat.

Demikian ujar Ahmad Tarmizi Safar, 54, bapa kepada anggota komando, Lans Koperal Ahmad Zulhilmi yang masih hilang di Banding, Perak hampir sebulan lalu.

“Saya berkata demikian kerana yakin dengan kemampuannya sebagai seorang anggota tentera yang mempunyai kemahiran hidup di hutan.

“Tambahan lagi sejak kehilanganya dilaporkan kami tidak pernah bermimpi atau mendapat sebarang perkhabaran pelik atau petunjuk berkaitan kematiannya,” katanya dihubungi hari ini.

Ahmad Tarmizi berkata, selain usaha berterusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan operasi mencari, dia dan keluarga juga meneruskan ikhtiar melakukan solat hajat memohon anak sulungnya ditemui selamat.

“Saya sentiasa dihubungi ATM setiap petang yang akan memaklumkan perkembangan pencarian dan terbaru mereka beritahu pencarian turut dilakukan bukan sahaja di daratan tetapi sepanjang sungai di situ. Usaha berterusan ATM ini memberi keyakinan dan harapan yang anak saya masih hidup,” katanya.

Katanya, dia isteri, Zuraida Abu Bakar, 54, tidak akan berputus asa mengharap agar anak mereka ditemui. 

Akhbar sebelum ini melaporkan Ahmad Zulhilmi dan Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin dari pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang Melaka hilang selepas dihanyutkan arus ketika menyeberangi Sungai Merah bersama tujuh anggota lain.

Mayat Mohd Afandi yang berasal dari Sarawak dijumpai di tepi sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Disember lalu, manakala Ahmad Zulhilmi hilang.

Difahamkan kejadian sekitar pukul 6 petang itu berlaku ketika kedua-dua anggota komando terbabit sedang menyertai gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan hutan simpan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya