Bapa tujuh anak didakwa pukul warga emas hingga parah

Bapa tujuh anak didakwa pukul warga emas hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bapa tujuh anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan memukul seorang lelaki warga emas sehingga parah menggunakan kayu snuker, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Salehudin Mohamed, 39, bagaimanapn  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Salehudin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada seorang lelaki berusia 56 tahun menggunakan sebatang kayu snuker di sebuah pusat snuker di Taman Rinting, Masai pada pukul 10.55 malam, 4 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afdhalan Syafiq Azmi meminta mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara, dia meminta jaminan RM10,000 beserta syarat tambahan.

Namun peguam tertuduh, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri memohon budi bicara mahkamah dengan memberikan jaminan kepada tertuduh.

“Dia merupakan seorang bapa kepada tujuh anak yang berusia antara dua hingga 14 tahun, dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,800 bekerja sebagai juruteknik penyaman udara,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 beserta syarat tambahan, iaitu pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali serta menetapkan 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya