Bapa tiri ditahan amang seksual anak

Bapa tiri ditahan amang seksual anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis dipercayai melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di kediaman mereka di Batu 13, Jalan Puchong, dekat sini Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, ini selepas mangsa berusia 15 tahun memberitahu ibunya mengenai suspek yang mencabulnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah memberitahu ibunya bahawa suspek berusia 36 tahun itu melakukan perbuatan tersebut pada 2021.

“Bagaimanapun, lelaki itu merayu dan berjanji tidak akan menyentuh mangsa menyebabkan wanita itu tidak membuat laporan polis.

“Mangsa sekali menceritakan kepada ibunya pada 9 Januari lalu selepas suspek melakukan perbuatan sama ketika dia keluar bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Putra Height untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, suspek direman seminggu bermula Selasa lalu hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya