Bantu pelajar luar bandar rapatkan jurang digital

Bantu pelajar luar bandar rapatkan jurang digital

WEE Jeck Seng (tengah) bersama guru-guru dan pelajar selepas pelancaran program Ai E-Book Library di SJK (C) Bin Chong, Pontian, Johor, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seramai 10,000 pelajar dari 61 buah sekolah di kawasan Parlimen Tanjung Piai di sini, akan menikmati program Ai E-Book Library yang pertama dilancarkan di Malaysia.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, Ai E-Book Library akan memberikan akses bahan pembelajaran digital kepada pelajar luar bandar memperoleh bahan rujukan berkualiti.

Katanya, pengenalan program ini mampu merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar sekali gus membantu meningkatkan pembelajaran mereka.

“Usaha ini juga bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Piai dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Pekan Nanas,” katanya ketika berucap melancarkan Ai E-Book Library di SJK (C) Bin Chong, di sini, petang semalam.

Tambah Jeck Seng, pelancaran Ai E-Book Library menjadi nilai tambah kepada pembelajaran digital pelajar-pelajar di kawasan Parlimen Tanjung Piai dengan lebih mudah dan cepat.

“Walaupun penduduk di Tanjung Piai terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pekebun kecil, nelayan, peniaga kecil dan sebagainya, namun anak-anak mereka tidak perlu mewarisi pekerjaan tersebut.

“Mereka (pelajar-pelajar) perlu keluar daripada masalah kemiskinan dan mencari pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap guru-guru dapat membantu menjayakan program Ai E-Book Library dengan jayanya kerana kos bagi mengadakannya adalah besar dan ditanggung oleh pihak swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya