Banjir Sarawak: 5,561 orang terjejas, 47 PPS dibuka

Banjir Sarawak: 5,561 orang terjejas, 47 PPS dibuka

ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa banjir di Bintulu, Sarawak. - APM BINTULU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 5,561 penduduk daripada 1,545 keluarga terjejas akibat banjir di Sarawak dengan 47 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di enam daerah setakat pukul 10.30 pagi ini.

Berdasarkan laman sesawang InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, antara kawasan terlibat adalah Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Bintulu dan Miri.

Selain itu, menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sarawak, Serian dan Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu masing-masing 1,683 dan 1,568 orang.

“Selain itu, jumlah mangsa insiden tanah runtuh yang ditempatkan di PPS Pusat Bulan Sabit Merah di Miri menurun daripada 133 orang semalam kepada 105 orang setakat pagi tadi.

“Manakala di Sibu, 71 mangsa terkesan akibat kebakaran ditempatkan di PPS Dewan Datuk Aaron, Bawan Kanowit.

“APM Sarawak turut memaklumkan data mangsa masih dalam proses kemas kini dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya