KUALA NERUS : Seekor penyu agar ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir, di sini hari ini.
Bangkai penyu tersebut ditemui kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika sedang bergotong-royong sempena Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 kira-kira pukul 8.30 pagi.
Adnan Ali, 50 berkata, pada mulanya dia menyangka objek besar yang kelihatan dari jauh itu adalah sampah biasa yang dihanyutkan ombak. Namun, semakin saya menghampiri objek itu, terhidu sesuatu yang busuk dan memang terkejut kerana ia adalah bangkai penyu yang hampir reput.
“Bahagian cengkerangnya terbelah manakala kaki dan perut mereput,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Selasa lalu, dua ekor penyu agar juga ditemukan mati Pantai Penunjuk Kijal dekat Kemaman. – UTUSAN